PENERANGAN
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan yang berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas yang disediakan. Hasil kraftangan membawa kepentingan dalam kebudayaan dan keagamaan kaum di Sarawak. kraftangan yang unik hasil daripada surat khabar lama,botol, dan barang terpakai dan banyak lagi. Terdapat banyak kraftangan yang boleh dihasilkan daripada barang terpakai seperti bakul, bekas makanan, penanda buku dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, melalui penghasilan kraftangan ini juga dapat menarik lebih ramai pelancong dari luar negara untuk mengetahui cara untuk membuat barang daripada barang terbuang. Ini adalah antara contoh kraftangan telah diperbuat daripada surat khabar.
FAEDAH KEPADA MASYARAKAT
faedah kraftangan kepada masyarakt ialah. Ia dapat membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif serta mempunyai semangat daya yang tinggi. Hal ini kerana persaingan dalam industri kraf tangan amat sengit. Sesebuah hasil kraf tangan hendaklah mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang mampu menarik perhatian pembeli. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, maka pengusaha tersebut haruslah mempunyai kualiti seperti kreatif dan mampu berdaya saing. selain itu, industri kraf tangan dapat menjadi sumber kewangan kepada penduduk luar bandar
VIDEO CARA HENDAK MEMBUAT BAKUL.
Cara MEMBUAT PASU/BAKUL DARIPADA SURAT KHABAR
Langkah 1 : Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti jadual di
bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Surat khabar
2. Gam kertas dan gam UHU
3. Syelek
4. Berus cat
5. Pisau pemotong
6. Gunting
7. Lidi
8. Gandin getah
Langkah 2 : Lipatkan surat khabar kepada 4 bahagian secara memanjang. Kemudian, potong mengikut garisan tersebut.
Langkah 3 : Gulungkan surat khabar tadi menggunakan lidi. Gamkan
hujung surat khabar yang telah siap digulung dan keluarkan lidi dari gulungan tersebut.
Langkah 4 : Cara membuat tapak anyaman pasu/bakul
i) Susun gulungan suratkhabar mengikut bentuk palang
seperti di dalam gambar.
ii) Ketuk dengan gandin getah untuk merapatkan tapak
tersebut.
iii) Gunakan gulungan surat khabar lain untuk melilit
bahagian tapak.
( i)


(ii)


(iii) 


Langkah 5 : Gunakan surat khabar yang digulung untuk menganyam
bahagian tepi bakul/pasu mengikut saiz yang bersesuaian.
Langkah 6 : Kemaskan bahagian tepi pasu/bakul dengan menggunting
gulungan surat khabar yang berlebihan.
Langkah 7 : Sapukan syelek pada pasu/bakul yang telah siap dianyam.
Langkah 8 : Keringkan pasu/bakul yang sudah disyelek di bawah kipas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan